Setiap guru perlu mendaftar kehadiran Masuk / Keluar sendiri melalui telefon pintar. Sambungkan peranti anda dengan data sendiri/WiFi, buka app EHadirApp versi sekolah dan isi NoKP anda. Anda perlu berada di sekitar kawasan sekolah untuk CheckIn/CheckOut. Telefon pastikan On Location (GPS). Butang Merah perlu ditekan untuk mengesahkan keberadaan di kawasan sekolah. Klik sama ada Tandatangan Masuk atau Tandatangan Keluar.
Login Dashboard
Login masuk backend EHadirApp untuk mengemaskini Sebab Hadir Lewat, Sebab Balik Awal, menyemak data dan analisis data kehadiran peribadi, mengisi borang kebenaran keluar pejabat, mengisi kehadiran program sekolah serta aktiviti mingguan kokurikulum. Ini adalah optional, pastikan semua guru dan staf mahir CheckIn CheckOut 100% tanpa gagal (serta letak justifikasi datang lewat/balik awal).
Daftar Keberadaan
Setiap guru/staf perlu menyatakan Sebab Tidak Hadir ke sekolah dalam aplikasi ini. Tekan ikon ini dan tekan ikon [Tambah] untuk mendaftar keberadaan individu. Namun, Pegawai Meja EHadirApp Sekolah juga boleh berbuat demikian bagi pihak guru/staf yang tidak hadir sekolah untuk memenuhi syarat menanda kehadiran harian di sekolah.